Tiada situasi pembelian panik berlaku di Kapit, Song dan Belaga

Al-Redzamani (dua,kanan) ketika turut serta dalam pemantaun bekalan barangan keprluan di kapit semalam (3 Feb)

KAPIT, 4 Feb: Tiada berlaku situasi pembelian panik dilaporkan di daerah Kapit dan Song walaupun kedua-dua daerah tersebut kini berda di bawah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bermula 2 hingga 15 Februari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) cawangan Kapit, Al-Redzamani Abdul Razak berkata pemeriksaan yang dilaksanakan di semua peringkat peniagaan di daerah terbabit mendapati bekalan barangan adalah mencukupi sehingga kini.

Katanya, pemeriksaan terhadap rantaian bekalan daripada pemborong barangan dari Sibu kepada peruncit di sekitar bandar Kapit, pekan Song dan pekan Belaga juga mendapati bekalan barangan keperluan adalah mencukupi bagi menampung pemintaan pengguna di seketikar kawasan tersebut.


“KPDNHEP Cawangan Kapit telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan ke atas kedudukan bekalan barang-barang keperluan asas di seluruh Bahagian Kapit meliputi seluruh rantaian pengedaran dan pembekalan barangan serta perkhidmatan daripada Sibu ke Kapit.

“Hasil pemantauan setiap hari yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa bersama pegawai pemantau harga KPDNHEP Cawangan Kapit juga mendapati premis-premis yang beroperasi sehingga kini, keberadaan keperluan asas adalah mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemantaun dilakukan semalam melibatkan barangan keperluan seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, silinder LPG 14kg , roti putih, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, cecair sanitasi tangan dan pelitup muka membabitkan 11 tempat jualan atau ‘point of Sale’ (P.O.S) di daerah terbabit.

Ini kerana barangan terbabit mendapat pemintaan yang tinggi daripada pengguna selain memastikan bekalan kesemua barangan terbabit mampu menampung pemintaan pada ketika ini.

KPDNHEP juga turut menasihatkan orang ramai agar membeli barangan mengikut keperluan dan tidak membeli barangan secara berlebihan.

Ia bagi memastikan setiap pengguna mendapat bekalan barangan terlibat selain mengatasi masalah kekurangan bekalan daripada berlaku.

Al-Redzamani berkata amaran keras turut diberi kepada peniaga agar tidak melakukan aktiviti menyorok, memanipulasi harga barangan kawalan dan menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah atau boleh dikenakan tindakan tegas dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika Sabit kesalahan boleh dikompaun atau didenda di mahkamah.

“Premis-premis perniagaan juga digesa khususnya kedai-kedai runcit, pasar awam dan pengguna bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan sektor perdagangan tidak menyumbang kepada peningkatan Covid-19 serta menjalankan aktiviti ekonomi di bawah sektor pengedaran dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya. — DayakDaily