Muslimin: Belum terdapat keperluan medesak bina sekolah menengah baharu di Lawas

Parliament of Malaysia crest. - file pic

KUCHING, 19 Nov: Belum terdapat keperluan mendesak pada ketika untuk membina satu sekolah menegah baharu di Lawas termasuk satu sekolah menegah di Long Semadoh kata Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya.

Ini kerana kapasiti empat buah sekolah menengah sedia ada di kawasan terbabit masih memcukupi dan berupaya menampung keperluan pendidikan pelajar di kawasan Lawas.

“(Terdapat) empat buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di kawasan Lawas, iaitu SMK Lawas, SMK Trusan, SMK Merapok dan SMK Sundar, dan daripada jumlah tersebut tiga buah sekolah mempunyai kemudahan asrama bagi murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.

“Pada masa ini kapasiti sekolah sedia ada ini adalah antara 68 peratus hingga 85 peratus manakala kapasiti asrama pula adalah antara 68.5 hingga 92 peratus,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Baru bertanyakan status terkini perancangan pembinaan SMK Semadoh, Lawas yang dianggarkan bernilai RM35 juta seperti yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili pada 2016 sebelum pilihanraya negeri Sarawak ke-11.

Muslimin berkata, susulan penguman tersebut, Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak telah membuat analisis data pendaftaran murid di kawasan Lawas selama tiga tahun bagi tahun 2017, 2018 dan 2018.

Katanya, analis tersebut dilakukan bagi menilai kewajaran untuk membina satu sekolah menengah baharu iaitu SMK Long Semadoh.

“Berdasarkan analis yang dilaksanakan, JPN Sarawak mendapati pada masa ini belum ada keperluan mendesak bagi pembinaan SMK baharu dikawasan ini termasuklah pembinaan SMK Long Semadoh,” katanya. — DayakDaily