Perubahan harga minyak mentah dunia pengaruhi harga pasaran minyak masak

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING, 24 April: Perubahan harga jualan minyak masak di pasaran dipengaruhi oleh Kesan daripada perubahan harga minyak mentah dunia jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunan (KPDNHEP) Datuk Seri Alexender Nanta Linggi.

Penjelasan itu susulan haraga sebahagian minyak masak dalam botol bersaiz lima kilogram (kg) di pasaran mencatatkan peningkatan harga iaitu pada kadar RM30 sebotol dan ke atas.

“Harga minyak mentah dunia menunjukkan trend meningkat sejak 2018 dan pada akhir Disember 2020, harga minyak mentah dunia menunjukkan peningkatan sehingga mencecah RM 3,835 matrik tan.


“Kini, tahun 2021, minyak mentah dunia semakin agresif menunjukkan peningkatan sehingga mencapai RM4,153 matrik tan dan peningkatan harga minyak mentah dunia boleh memberi kesan kepada harga runcit minyak masak botol, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, harga pasaran minyak masak botol lima kg di pasaran bernilai antara RM21.50 hingga RM25 pada 2019 namum mencatatkan kenaikan sehingga RM30 pada Disember lalu berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia yang mencecah RM3,835 matrik tan.

Ujarnya, walaupun terdapat peningkatan agresif terhadap harga minyak mentah dunia, bekalan minyak masak botol pada harga jualan antara RM21.50 hingga RM30 masih boleh didapati di pasaran.

“Kerajaan akan terus mengekalkan pemberian subsidi bagi minyak masak dalam polibeg satu kg adalah untuk memastikan rakyat masih boleh mendapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah dengan harga yang mampu milik iaitu RM2.50 sekilogram.

“Pengekalan pemberian subsidi bagi minyak masak dalam polibeg satu kg adalah untuk memberikan pilihan yang lebih ekonomi kepada pengguna dalam mendapatkan bekalan minyak masak kegunaan isi rumah di pasaran selain penjualan minyak masak dalam pembungkusan jenis botol yang dijual di pasaran untuk memberikan pilihan kepada pengguna,” katanya.

Jelas Alexender, kerajaan hanya mengawal harga minyak masak dalam polibeg satu kilogram manakala kedudukan harga semasa dan bekalan minyak masak dalam botol bersaiz lima kilogram tidak termasuk dalam Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).

Walaubagaimanapun ujar beliau, KPDNHEP bolehmelaksanakan tindakan berhubung harga minyak masak di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ((AKHAP) 2011 melalui perundangan pencatutan.

“Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan dendan sehingga RM500,000 sekiranya suatu perbadanan atau syarikat dan bagi bukan perbadanan atau individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Alexender dalam pada itu turut memberi jaminan bekalan minyak masa polibeg satu kilogram adalah stabil dan mencukupi bagi kegunaan 32.7 juta rakyat di negara ini.

Katanya sebanyak 60,000 metrik tan sebulan atau 720,000 matrik tan setahun minyak masak satu kg bersubsidi telah diedarkan di seluruh Negara termasuk di kawasan luar bandar.

“Tindakan ini, memberikan keseimbangan pasaran harga minyak masak dalam Negara dan pengguna boleh menikmati harga minyak masak mampu milik untuk pilihanminyak masak bungkus polibeg 1kg pada harga RM 2.50 sahaja,” katanya. — DayakDaily