Premis perniagaan di Bau dikesan menyorok minyak masak polibeg 1 kg

Minyak masak polibeg 1 kg yang dikesan disorok di sebuah premis perniagaan di Bau.
Advertisement

KUCHING, 3 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal (KPDNHEP) Sarawak hari ini mengesan satu premis perniagaan di Bau yang disyaki menyorok barang kawalan bersubsidi minyak masak polibeg 1 kg.

Ketua Pegawai Bahagian Penguat Kuasa Peter J Berinus Agang berkata, ia dijayakan menerusi Operasi Anti Sorok dengan kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan bekalan 1961.

“Sejumlah 336 kg minyak masak subsidi polibeg 1kg telah dirampas dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM840,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Dalam pada yang sama tambah Peter, satu premis perniagaan di Jalan Song, Kuching disyakii melakukan kesalahan dibawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu kesalahan menjual barang kawalan dengan mengadakan pembelian bersyarat.

Katanya, sejumlah 693kg minyak masak subsidi polibeg 1kg telah dirampas dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM1,732.

“Pelaksanaan Kempen Anti Sorok ini dilihat menunjukkan impak positif di kalangan pengguna dan peniaga.

“Untuk rekod, bermula Januari hingga 2 Ogos 2022 sebanyak 720 kes telah dihasilkan yang melibatkan pelbagai akta yang dikuatkuasa oleh kementerian dengan jumlah nilai rampasan RM5,764,003.50.

“Ini melibatkan jumlah nilai kompaun sebanyak RM502,500,” ujar beliau. — DayakDaily

Advertisement