Abang disyaki liwat adik kandung ditahan

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

BINTULU, Nov 3: Polis menahan seorang remaja lelaki selepas disyaki meliwat adik kandungnya di sebuah rumah di Kampung Assyakirin, Fasa 2, Jalan Mawar Kuning di sini.

Kali terakhir suspek berusia 12 tahun itu disyaki meliwat adiknya adalah pada 29 Okt lepas.


Kedua-dua adik beradik tersebut difahamkan tidak bersekolah lagi.

Menurut sumber, kejadian berkenaan terbongkar selepas pihak Hospital Bintulu menghubungi polis memaklumkan bahawa seorang pesakit berumur 9 tahun disyaki telah diliwat oleh abang kandungnya sendiri.

Katanya, hasil rakaman percakapan mangsa mendapati semasa berada di rumah dan ketiadaan ibu mereka kerana keluar bekerja, suspek akan meliwatnya di dalam bilik.

“Mangsa yang belum faham hanya mengikut sahaja arahan suspek apabila disuruh membuka seluar dan kemudian suspek memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa.

“Mangsa juga menyatakan suspek menggunakan losyen jenama ‘anakku’ sebagai pelincir dengan meletakkan losyen tersebut di bahagian luar dubur mangsa sebelum memasukkan kemaluannya,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, mangsa juga menyatakan suspek akan meliwat mangsa sehingga keluar air putih (disyaki air mani) dari kemaluan suspek.

Katanya, mangsa telah diliwat beberapa kali (jumlah sebenar tidak ingat) dan kali terakhir adalah pada Isnin lepas (29 Okt).

“Namun, menurut ibu mangsa, mangsa tidak pernah mengadu tentang kejadian diliwat oleh suspek. Ibu mangsa juga tidak pernah tahu tentang kejadian kerana sibuk bekerja pada waktu siang hari dan hanya akan berada dirumah pada waktu malam,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zulkipli Suhaili mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Katanya, suspek telah ditahan pada Khamis lalu kira-kira pukul 9.20 malam.

“Hasil soal siasat awal ke atas suspek mengaku telah meliwat mangsa dan kali terakhir adalah pada 29 Okt lepas di dalam sebuah bilik pada siang hari iaitu semasa ketiadaan ibu mereka.

“Mangsa merupakan anak keempat, manakala suspek merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik,” katanya lagi. — DayakDaily