Wanita tipu RM192,000 mengaku bersalah dan masuk jel

Anggota polis mengiringi tertuduh ke Mahkamah Majistret di Kuching.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 19: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 13 pertuduhan berhubung kes penipuan pelaburan hartanah tidak wujud.

Pertuduhan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dilakukan tertuduh di antara Februari hingga Ogos 2017.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian mengaku bersalah di atas kesemua 13 pertuduhan yang telah dibacakan.

Hakim Mahkamah Majistret 1, Mohd Syukri Mokhtar telah menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun dan 6 bulan serta denda RM3,000 bagi 4 pertuduhan yang dibacakan.

Manakala, Hakim Mahkamah Majistret 2, Zubaidah Sarkawi telah menjatuhkan hukuman penjara dua bagi 3 pertuduhan yang dibacakan.

Hakim Mahkamah Majistret 3, Faelly Jeffery Lanjungan pula menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan denda RM 7,000 untuk 3 pertuduhan dan 2 tahun 6 bulan serta denda RM7,000 untuk 3 pertuduhan yang lai.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang berusia 42 tahun itu telah ditangkap oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Sarawak.

Terdapat satu kertas siasatan telah dibuka dengan melibatkan nilai kerugian sebanyak RM192,000.

Tertuduh melakukan kes penipuan itu dengan menawarkan kepada mangsa dengan tawaran pelaburan hartanah yang tidak wujud.

Hasil siasatan polis mendapati urusan tersebut sebenarnya tidak wujud dan wang mangsa telah digunakan untuk kegunaan peribadi tertuduh. ā€” DayakDaily