Tiga orang tercedera akibat letupan enjin bot di Jeti Marina, Miri

Lee Cheng Choi, wartawan See Hua Daily News yang melecur di lengan selepas kejadian. Baju dipakai mangsa semasa kejadian juga turut koyak akibat kesan letupan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Sept: Tiga peserta program bengkel kesedaran terumbu karang anjuran NSJA mengalami kecederaan pada badan selepas enjin bot yang dinaiki tiba-tiba mengeluarkan kepulangan asap sebelum meletup pagi ini.

Menurut president Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong ketika dihubungi hari ini, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi semasa bot yang dinaiki tiga mangsa bersama enam lagi yang lain tiba-tiba meletup di bahagian enjin.


“Semasa kejadian, bot tersebut masih lagi berada di Jeti Marina di sini. Peserta baru sahaja selesai memungah peralatan selaman mereka ke dalam bot berkenaan,” jelas Jong.

Kepulan asap tebal kelihatan keluar dari bahagian enjin bot.

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 30’an ke 40’an itu termasuk seorang wartawan dari See Hua Daily News di sini melecur di bahagian tangan, dan seorang juga melecur di dahi.

Kesemua mangsa telah di hantar ke Hopsital Miri untuk rawatan lanjut.

Awal pagi tadi, program yang disertai sebanyak 15 peserta itu terdiri daripada penyelam sukarela sekitar Miri termasuk beberapa wartawan tempatan telah secara simboliknya ‘dilepaskan’ oleh Menteri Muda Perlancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Datuk Sebastian Ting

Dua buah bot digunakan dalam program itu.

Peserta program bersama Ting (berdiri tengah, berbaju kuning) sebelum kejadian berhambar bersama.

Destinasi mereka ialah ke Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti terletak di sempadan maritim antara Bintulu dan Miri meliputi kawasan seluas 186,930 hektar, dan merupakan taman negara marin terbesar di negeri ini.

Kawasan itu terletak kira-kira 30 minit menggunakan bot dari Miri. — DayakDaily