Seorang pekerja cedera dalam kebakaran kilang mencetak baju

Kebakaran kilang mencetak baju di Miri

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


 

MIRI, April 6: Seorang pekerja kilang warganegara Bangladesh cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang mencetak baju di Jalan Taman RBA, Desa Lutong Industry, Miri di sini, malam ini.

Sumber dari Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.19 malam sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke lokasi kejadian.



Kebakaran kilang mencetak baju di Miri

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan kain serta kertas diruangan simpanan. Kebakaran berjaya dipadamkan pekerja kilang menggunakan tiga unit alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warganegara Bangladesh berumur 42 tahun yang juga pekerja kilang tersebut melecur di bahagian tangan ketika cuba untuk memadamkan kebakaran ,” katanya.

Seorang pekerja cedera dalam kebakaran kilang mencetak baju di Miri

Menurutnya, mangsa engan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba,” katanya. – DayakDaily.