Sarawak dipilih anjur Kejuaraan Tinju Dunia Asia 2024

Rahman (kanan) mengesahkan Sarawak sebagai tuan rumah Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024. Foto: UKAS
Advertisement

KUCHING, 24 Feb: Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024, kata Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kejuaraan bakal menyaksikan aksi juara tinju profesional dari seluruh dunia bertarung di Kuching pada 11 Mei ini.

Kata Rahman, keputusan itu disahkan Presiden Asian WBC Col Thanapol semasa pertemuan di Bangkok pada Jumaat.

Advertisement

Menurut Rahman, menerusi perbincangan SABA bersetuju untuk menganjurkan kejuaraan serentak dengan Terbuka Sarawak pada 6 hingga 10 Mei di Stadium Tertutup Petra Jaya.

“Ini adalah sejarah baharu dalam arena tinju Sarawak dan negara kerana ia pertama kejuaraan WBC diadakan di Malaysia,” kata Rahman.

Tambah beliau, setakat lapan negara sudah mengesahkan penyertaan iaitu Malaysia, Jepun, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Francis dan Brazil.

“Pertarungan yang dinantikan ialah pertembungan peninju Sarawak Dealoniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy dalam kategori Bantamweight.

“Beliau dijangka bertemu penyandang juara dari Thailand,” kata Rahman. — DayakDaily

Advertisement