Sukan tinju capai penanda aras baharu dengan penganjuran Kejohanan WBC

Dolhadi (tiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Rahman di majlis perasmian. Foto: Ukas

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 7 Mei: Sukan tinju mencapai penanda aras yang baharu di Sarawak apabila petinju profesional dari seluruh dunia berkampung di Kuching untuk berentap dalam Kejohanan Tinju Dunia (WBC).

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara tahunan anjuran Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) itu berjaya menghimpunkan 251 orang petinju secara keseluruhannya.


“Ini adalah sejarah baharu dalam arena tinju di Sarawak dan negara kerana ini adalah kali pertama pertandingan WBC dianjurkan di Malaysia.

“Penganjuran kejohanan ini juga bagi menyahut seruan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan supaya lebih banyak acara di peringkat antarabangsa dianjurkan di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibacakan oleh Timbalan Setiasusaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dolhadi Marzuki dalam Majlis Perasmian Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 Edisi Ke-3 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, semalam.

Mengulas lanjut mengenai Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak yang berlangsung dari 6 hingga 10 Mei, yang akan disusuli Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 pada 11 Mei di gelanggang sama.

Hadir sama, President Persatuan Tinju Negeri Sarawak Dato Rahman Lariwoo serta tetamu jemputan yang lain. — DayakDaily