Pusat operasi bitcoin di Kuching diserbu polis kerana disyaki mencuri elektrik

Siasatan dijalankan di lokasi serbuan.
Advertisement

KUCHING, 16 Okt: Sebuah pusat operasi melombong bitcoin di Muara Tabuan yang beroperasi sejak bulan Februari lalu diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) hasil risikan maklumat dilakukan pada 15 Oktober sekitar jam 10 pagi.

Katanya, dua lelaki tempatan berusia 24 dan 44 tahun disyaki penjaga premis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Advertisement

ā€œDipercayai jumlah keuntungan kasar bagi aktiviti tersebut sebanyak RM23,000 sebulan dan jumlah keseluruhan hasil aktiviti bagi lapan bulan telah mencecah RM184,000.

“Pihak polis kini sedang mengesan pemilik sebenar premis yang masih bebas,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis selain itu, turut merampas pelbagai peralatan termasuk satu unit komputer, 90 unit mesin bitcoin, router, modem dan peralatan lain dalam menjalankan kegiatan melombong bitcoin tersebut.

Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik Sarawak yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,”Katanya,

Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Kuching hari ini. ā€” DayakDaily

Advertisement