Polis tahan 8 individu, serbu 7 premis disyaki dijadikan pusat judi atas talian

individu disyaki terlibat mengendalikan aktiviti judi atas talian yang ditahan polis dalam tujuh serbuan sejak isnin (7 Dis) hingga hari ini (12 Dis).

KUCHING, 12 Dis : Lapan individu di tahan polis Kuching dalam tujuh serbuan berasingan ke atas premis yang dipercayai digunakan sebagai pusat perjudian atas talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata kesemua serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bagi tempoh enam hari lalu bermula Isnin (7 Dis) hingga hari ini.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.


“Kesemua suspek yang ditahan ini telah kenakan perintah tanahan reman dan masih dalam kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Merbin dalam pada itu turut memberikan amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada individu yang berdegil menjalankan aktivitintersebut sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) juga boleh dikenakan ke atas mereka yang terlibat kegiatan perjudian ini sebagai salah satu kaedah pencegahan dan pembanterasna aktiviti haram tersebut.

“Operasi dan tindakan serbuan serta merta dilaksanakan jika ada yg terus berdegil mejalankan judi ini termasuk  “curi2x buka” pihak kita tiada kompromi.

“Pemantauan secara berterusan telah dan sedang dijalankan didlm bandaraya Kuching khasnya, disamping kita mengalu-alukan masyarakat yang mempunyai maklumat kegiatan judi haram untuk menyalurkannya sekaligus  membantu membanteras kegiatan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, tindak pemotongan bekalan elektrik turut dilaksanakan terhadap empat premis terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan selepas  disyaki terlibat dalam kegiatan judi atas talian tanpa lesen.

“Operasi pemotongan tersebut dilaksankan bagi tempoh sama iaitu dari 7 hingga hari ini (12 Dis) menerusi Operasi Bersepadu diketuai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dan  Sarawak Energy Berhad (Sesco) di sekitar kawasan Kuching,” tambah beliau. — DayakDaily