PM bimbang kewujudan 13 kluster baharu, gesa rakyat terus patuhi SOP

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 20 Julai: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kebimbangan dengan kewujudan 13 kluster baharu Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi RTM hari ini, beliau mengingatkan bahawa wabak ini masih belum berakhir dan kebanyakan negara luar masih mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi.


Sehingga semalam katanya, hampir 14.5 juta orang telah dijangkiti virus Covid-19 di seluruh dunia dengan lebih 600,000 kematian dicatatkan.

ā€œWalaupun kes Covid-19 kekal rendah di negara kita, saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP.

ā€œContohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai 2020 dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai 2020.

ā€œSelain itu, sejak 7 Julai 2020, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca dari mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak 3 kes, Kluster di Melaka 5 kes, Kluster di Terengganu 3 kes dan Kluster di Kuala Lumpur 2 kes.

ā€œLebih membimbangkan saya, kes positif Covid-19 telah kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari yang lalu. Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua,” katanya.

Muhyiddin percaya seluruh rakyat Malaysia tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ā€˜lockdownā€™ sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat dengan mendadak.

Jelas beliau, tempoh tiga bulan berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 perit dirasakan dengan ekonomi negara terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan.

ā€œSudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam keadaan ā€˜lockdownā€™ seperti itu.

ā€œSekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.

ā€œPenutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 billion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia,” jelas Muhyiddin.

Justeru katanya, kejayaan memerangi Covid-19 dalam fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri.

Katanya, ia bergantung kepada “kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita dengan amalan kebiasaan baharu mesti diteruskan”.

ā€œJangan kerana kes-kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai lah, jangan tak pakai.

ā€œPenjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang kurangnya satu meter dari orang lain.

ā€œElak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa beringat untuk elakkan sentuhan badan,ā€ ujar Muhyiddin.-DayakDaily