Pemilik LPF tiada hak beoperasi dalam kawasan NCR

Datuk Len Talif Salleh

KUCHING, 11 Nov: Pemilik Lesen Perladangan Hutan (LPF) tidak mempunyai sebarang hak untuk membangunkan kawasan tanah yang telah digazetkan sebagai kawasan tanah hakmilik adat Bumiputera (NCR) walaupun tanah tersebut dalam kawasan lingkungan LPF terbabit.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, perkara tersebut sudah termaktud dalam syarat dan terma pemegang LPF yang melarang sebarang penerokaan atau pembanguan di kawasan yang telah di sukat serta di wartakan sebagai NCR.

“Sebagai contoh, jika pemegang LPF ada 100,000 hektar dan 20,000 telah diistyhar dan digazetkan sebagai NCR ia secara automatic telah dikeluarkan dari LPF tersebut.


“Jadi secara dasarnya pemilik LPF hanya boleh beroperasi dalam lingkungan 80,000 hektar sahaja walaupun dari segi fizikalnya dalam lingkungan LPF itu tetapi dari segi operasinya pemegang LPF tidak mempunyai kuasa berkerja di kawasan berkenaan kerana ia telahpun dikeluarkan daripada LPF terbabit,” katanya pada sidang media selepas persidanga Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak mensasarkan sejumlah satu juta hektar penanaman semula hutan bagi menampung pemintaan industri perkayuan di negeri itu.

Katanya, walaupun Sarawak mempunyai 2.1 juta hektar kawasan hutan tanan semula namun hanya satu juta hektar sahaja yang akan dibangunkan untuk perladangan hutan berlesen.

“Dengan menggunakan pusingan tanaman lima ataupun 10 tahun bermakna tiap-tiap tahun kita dapat ada 100,000 hektar tebangan yang boleh menghasilkan lebih daripada 20 juta meter padu bahan mentah untuk industri perkayuan di negeri ini.

“Jumlah ini lebih daripada apa yang kita perlukan untuk kelansungan industri perkayuan tersebut,” katanya.

Tambah Len Talif, pemain industri telibat khusunya pemilik kilang-kilang memproses hasil perkayuan disaran untuk telibat dalam aktiviti LPF bagi memastikan bekalan bahan mentah untuk kelansungan kilang-kilang terbabit tidak putus. — DayakDaily