Pembukaan sesi persekolahan bersemuka sekolah rendah di Miri ditangguhkan lagi

Datuk Lee Kim Shin

KUCHING, 20 MAC: Pembukaan sesi persekolahan bersemuka sekolah rendah di Daerah Miri sekali lagi ditangguhkan.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), ia disebabkan penularan wabak Covid-19 di kalangan murid dan guru.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, Miri telah mencatatkan pertambahan 209 kes dalam tempoh lima hari iaitu sejak Ahad hingga Jumaat.

Menurut Lee, sebanyak 18 atau 9 peratus kes positif adalah terdiri daripada murid-murid sekolah-sekolah rendah dan menengah serta guru.

Manakala 55 orang pula telah dikesan sebagai kontak rapat yang juga terdiri daripada murid-murid sekolah-sekolah rendah dan menengah serta guru.

ā€œSaya telah melaporkan perkara ini kepada Pengerusi JPBN Sarawak dan setelah mesyuarat bersama dengan Pegawai Pendidikan Daerah Miri, kita membuat keputusan menangguhkan pembukaan sekolah bagi sekolah-sekolah rendah dalam pentadbiran Daerah Miri seminggu lagi dan selepas itu diikuti dengan cuti sekolah.

ā€œIni bermakna bahawa pembukaan sekolah bagi Daerah Miri akan buka bersama dengan Sekolah Menengah iaitu pada 5 April 2021,katanya.

Tambah Lee, keputusan diambil setelah mengambil kira Miri dalam Zon Merah dengan kes-kes positif masih meningkat dan dalam kategori peringkat berjaga-jaga.

Dalam perkembangan sama, JPBB Miri juga bersetuju untuk membuka operasi persekolahan bersemuka sekolah-sekolah rendah di Daerah Subis minggu depan selepas situasi semasa Covid-19 dalam keadaan lebih baik daripada sebelumnya dengan mencatat satu kes sahaja.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan berkata menyeru ibu bapa untuk berganding bahu dan bekerjasama bagi menurunkan kes Covid-19 di Miri.

ā€œPatuhi segala SOP, lebih berwaspada dalam keadaan kes meningkat.

ā€œKita perlu memastikan segala SOP dipatuhi dengan ketat dan tidak leka sehingga menyebabkan peningkatan kes membabitkan murid-murid sekolah dan guru yang berpunca daripada perhimpunan sosial keluarga atau kontak rapat membabitkan isi rumah,ā€™ujar beliau.-DayakDaily

Datuk Lee Kim Shin