Pecah tanah Jambatan Batang Lupar akan diadakan pada Mac 23

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar pada Selasa, 23 Mac ini.

KUCHING, 20 MAC: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar pada Selasa, 23 Mac ini.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), kakitangan Pejabat Daerah Kecil Sebuyau telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membersih persekitaran Dewan Pembangunan Sebuyau pada Rabu lepas.

Gotong-royong tersebut dilakukan bagi membuat persediaan rapi sempena majlis tersebut.


Sebagai langkah keselamatan dan keselesaan, jemputan yang akan hadir adalah secara maya atau secara lintas lansung daripada tapak utama majlis. -DayakDaily