PBB mempertimbangkan sekatan lebih keras ke atas Korea Utara

Advertisement

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu memperketatkan sekatan ke atas Korea Utara selepas negara tersebut sekali lagi membuat ujian peluru berpandu.

Duta Amerika Syarikat Nikki Haley dalam satu kenyataan berkata bahawa Amerika Syarikat sedang berkerjasama dengan China untuk mendapatkan resolusi sekatan baharu terhadap Korea Utara, di mana sekatan ini haruslah dipatuhi oleh semua negara anggota.

Tambah Haley, negara yang gagal mematuhi sekatan terbaharu ini akan berdepan tindakan, dengan sekatan sama yang dilakukan ke atas Korea Utara turut diberikan kepada negara terbabit.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Duta British Matthew Rycroft berkata bahawa sekatan adalah cara terbaik buat masa ini untuk memaksa Korea Utara berubah.

Korea Utara sebelum ini telah dikenakan pelbagai sekatan oleh PBB dalam usaha pertubuhan itu untuk memastikan program nuklear Korea Utara tidak diteruskan, dan keamanan terus terpelihara.

Sunguhpun demikian, negara di bawah pimpinan Kim Jung-Un seolah-olah tidak mengendahkan pelbagai amaran dan sekatan yang dikenakan dengan terus menerus membuat ujian peluru berpandu sejak.

Advertisement