Anak muda Bidayuh antara tulang belakang Serian FA


Dengan kejayaan pasukan Serian FA melangkah ke pentas akhir, tumpuan kini teralih kepada pemain pertahanan kanan pasukan tersebut yang bernama Abbel Akwensivie.

Pemuda berketurunan Bidayuh itu diberi peluang membentengi kawasan pertahanan Serian FA padaĀ aksi Akhir pertama minggu lepas, dan ketinggian beliau pada 1.81m telah mengakibatkan penyertaan beliau di dalam LBR dipertikaikan.

Sungguhpun demikian, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Sukan Negeri Sarawak yang mempunyai darah kacukan Bidayuh di sebelah ibu, dan bapa yang berketurunan Ghana,Ā tidak gentar apabila beraksi, dan beliau mengakui aksi menentang Gua Musang adalah antara yang terbaik pernah beliau sajikan.


Menurut laporan LBR, Abbel yang datang dari Kampung Rayang Serian, tidak merasa gentar bermain dengan pemain lebih senior daripadanya kerana beliau sudah biasa bermain bolasepak dengan abang beliau, Rodney yang kini bermain dengan pasukan utama Sarawak FA dan pasukan Piala Presiden Sarawak FA.

Dalam perkembangan sama, Abbel yang juga merupakan pemain Pasukan Belia Sarawak FA itu juga pasti akan diberi lebih perhatian pada masa hadapan dan mungkin boleh mengikut jejak langkah abangnya dan bermain untuk mewakili Sarawak FA pada suatu hari nanti.