Korea Utara buat ujian peluru berpandu lagi


Kerajaan Korea Utara pada Isnin lalu telah mengesahkan mereka dengan jayanya sudah melakukan ujian peluru berpandu jenis sederhana-panjang pada hari Ahad.

Menurut agensi berita KCNA yang dimiliki kerajaan Korea Utara, ujian tersebut telah dipantau oleh Presiden Kim Jong Un.

KCNA turut mengesahkan bahawa peluru berpandu yang diuji adalah untuk memastikan Korea Utara mempunyai kelengkapan perang yang boleh “membawa bom nuklear pada skala yang besar”.


Peluru berpandu yang diuji oleh Korea Utara itu telah terbang sejauh 787 kilometer dan mencapai ketinggian 2,111.5 kilometer.