Lelaki ditahan disyaki memukul kedua orang tuanya di Krokop

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

MIRI, 19 Dis: Polis Miri menahan seorang lelaki warga tempatan selepas suspek dipercayai bertindak memukul kedua orang tuanya dalam satu pertelingkahan di sebuah rumah di Krokop malam tadi.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 8.55 malam di sebuah rumah di Lorong 2 Krokop.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).


Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.45 petang, suspek dikatakan telah memukul ibu kandung sendiri yang berusia 69 tahun dalam satu pertelingkahan.

Suspek disyaki telah memukul bukan sahaja ibu, malah bapanya di bahagian kepala sebelum bertindak mengamuk dengan membuang barangan di dalam rumah.

Bimbang keselamatan mereka, ibu suspek telah pergi ke balai polis pusat Miri membuat laporan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. — DayakDaily