KUCHING, 15 Mei: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru supaya mentranformasikan sistem pendidikan sedia ada agar ia lebih sesuai dan selari dengan situasi menghadapi penularan pandemik Covid-19.
Presiden KGBS Ahmad Malie berkata KPM tidak seharusnya bertahan dengan sistem yang ada kini kerana sisitem tersebut tidak mampu untuk disandarkan bagi mendepani kehendak pendidikan pada masa kini.
“Semenjak berlakunya pandemik Covid-19 ini sistem pendidikan negara kita masih mampu beroperasi demi memastikan anak-anak murid tidak tercicir dalam mendpt pendidikan wpun keadaannya agak tidak stabil.
“Keadaan ini memperlihatkan bahawa situasi pendidikan kita amat mencabar bukan sahaja cabaran kepada warga guru malahan kepada seluruh warga yang berkepentingan terhadap pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi menghadapi senario tersebut, KPM perlu mengwujudkan satu penel penggerak sebagai pembina transformasi model kurikulum serta pembelajaran yang sesuai sebagai alternatif untuk mendepani pandemik Covid-19.
Pada masa sama, dapat menyediakan prasarana diperlukan untuk melaksanakan trend pembelajaran terkini sesegera mungkin supaya trend tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen.
“KGBS mgharapkan saranan ini menjadi keutamaan dalam pembangunan yang dirangka oleh kerajaan demi memastikan sistem pendidikan kita stabil dan seterusnya dapat dilaksanakan degan lebih berkesan,” katanya.
Ahmad berkata, penularan wabak Covid-19 memberi satu cabaran baharu kepada sistem pendidikan negara ini untuk terus kekal sebagai satu institusi pembangunan sumber manusia yang diperlukan negara.
Katanya, walupun berdepan cabaran tersebut sistem pendidikan negara kita masih mampu beroperasi sedangkan terdapat sesetengah negara lain yang mana sistem pendidikan mereka terus lumpuh.
“Lantaran itu, KGBS mengajak rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sistem pendidikan negara kita masih mampu beroperasi sehingga kini sedangkan ada sesetgh negara lain sistem pendidikan mereka terus lumpuh ekoran pandemik Covid-19,” katanya. — DayakDaily