Hantaran tular ‘Skala Gred SPM’ palsu, KPM buat laporan polis


Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 12 Jun: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan hantaran tular mengenai ‘Skala Gred SPM’ di media sosial Facebook milik MamaMia Mia semalam dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A” dan “#bilasekolahdipolitikkan” bukan milik Lembaga Peperiksaan KPM.

Dalam kenyataan semalam, KPM berkata, ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020.

Katanya, ia boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.


“Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam,”menurut kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam tadi dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut. — DayakDaily