Indeks jenayah menurun 1,575 kes di Sarawak — Pesuruhjaya Polis

Kelihatan Aidi semasa sidang media di IPK Sarawak.

KUCHING, 13 Jan: Polis Sarawak mencatatkan penurunan dalam Jenayah Indeks sebanyak 1,575 kes iaitu sebanyak 5,873 kes tahun 2021 berbanding 6,082 kes pada tahun 2020.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata jumlah tersebut di bawah nilai ambang yang tetap ditetapkan bagi tahun 2021 iaitu 6,082 kes.

Katanya, bagi jenayah komersil untuk tempoh Januari hingga Disember 2021, sebanyak 2,816 kes dicatatkan berbanding tahun sebelum itu berjumlah sebanyak 1,462 kes.


“Statistik Jenayah Indeks di Kontinjen Sarawak sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 4,298 kes iaitu menunjukkan penurunan sebanyak 1,575 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 2,816 kes adalah bagi jenayah komersil, di mana meningkat sebanyak 1,354 kes berbanding tempoh sama 2020.

“Manakala kerugian jenayah komersil bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM73.5 juta bagi tahun 2021, manakala bagi tempoh sama tahun 2020 adalah sebanyak RM66.5 juta,” katanya dalam sidang media, di IPK Sarawak hari ini.

Seterusnya adalah prestasi Jabatan Siasatan Jenayan Narkotik (JSJN) Sarawak yang mana telah mencatatkan keseluruhan tangkapan seramai 6,607 orang bagi tahun 2021 berbanding 10,294 orang pada tahun 2020.

“Perbandingan nilai rampasan dadah bagi tahun 2021 mencatat kenaikan dari RM15.2 juta pada tahun 2020 kepada RM19.8 juta pada tahun 2021,” katanya.

Untuk kemalangan jalan raya bagi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak menunjukkan penurunan 1,907 kes.

“Pada tahun 2020, sebanyaj 16,152 kes kemalangan dicatatkan dan pada tahun 2021 sebanyak 14,245 kes kemalangan,” katanya,

Jelas Aidi, secara keseluruhan, Polis Sarawak berjaya menurunkan kadar jenayah indeks.

“PDRM akan terus mencari insiatif dan meningkatkan usaha berterusan bagi membendung jenayah komersil di negeri ini,” katanya. — DayakDaily