Tangkapan melibatkan kes jenayah dadah di Miri meningkat

Alexson (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis.

MIRI, 18 Jan :Sebanyak 849 tangkapan melibatkan jenayah dadah berjaya dilakukan polis daerah Miri untuk tempoh 12 bulan pada tahun lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 286 tangkapan atau 50.7 peratus dalam tempoh sama pada tahun 2021.

Beliau berkata, peningkatan itu menunjukkan kesungguhan pihak polis Miri dalam memerangi isu dadah yang menjadi musuh utama negara.


Dalam pada itu, beliau menambah, pihak polis turut berjaya menurunkan kadar jenayah indeks Daerah Miri sebanyak 51 peratus sepanjang tahun 2022, kepada 277 kes, berbanding 568 kes dalam tahun sebelumnya.

Alexson berucap pada majlis perhimpunan bulanan IPD Miri hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 55 anggota berbagai pangkat menerima sijil penghargaan. — DayakDaily