Hujan lebat sejak Isnin, tanah susur di Rumah Panjang Apin Suyong Bekenu

Tanah susur di belakang rumah panjang Apin Suyong Bekenu.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 Okt: Hujan lebat yang turun sejak Isnin menyebabkan sebahagian daripada tanah di belakang rumah panjang Apin Suyong, Bekenu runtuh.

Kejadian dilaporkan berlaku malam Isnin sekitar jam 11.

Advertisement

Menurut pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian, dan pihaknya telah melawat ke lokasi bagi kerja-kerja pemantauan.

Seramai 34 penduduk mendiami rumah panjang tersebut, enam daripadanya adalah kanak-kanak.

“hasil pemantauan, tanah susur berlaku lebih kurangdua kaki dari dapur kediaman rumah panjang dan penduduk masoh boleh menjalankan rutin harian seperti biasa,” ujarnya. ā€” DayakDaily

Advertisement