SPR: Permohonan sebagai pemerhati PRU15 dibuka mulai hari ini

Graphic for illustration purposes

KUCHING, 11 Okt: Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibuka bermula pada hari ini 11 Oktober 2022 dan akan ditutup pada 21 Oktober 2022.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Dato Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya.


“Ia melibatkan proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya,” katanya.

Justeru kata Ikmalrudin, SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ dan untuk memuat turun Borang Permohonan. — DayakDaily