Sebuah keluarga berhadapan ancaman tanah susur di Kpg Terahad Bekenu susulan hujan lebat berterusan

Struktur kediaman berisiko dengan ancaman tanah susur.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Okt: Tujuh penghuni sebuah rumah di Kampung Terahad Bekenu diancam risiko tanah runtuh susulan hujan lebat sejak 10 Oktober.

Menurut pegawai Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri, tanah susur mula berlaku pada 10 Oktober lalu sekitar jam 5.30 pagi.


Katanya, hasil pemantauan pihaknya di lokasi kejadian pada petang Jumaat, memdapati tanah berhadapan rumah mangsa mulai susur dan dinding kediaman merekah.

“Hasil tinjauan di lokasi, pihak kami mendapati rumah tersebut tidak selamat didiami dan telah menaaihati penghuninya untuk sentiasa berjaga -jaga dan berpindah sekiranya keadaan semakin teruk dan tidak selamat,” katanya.

Difahamkan kesemua mangsa kini tinggal di pondok berdekatan dengan rumahnya.

“Kita mendapati masih terdapat risiko untuk struktur tanah tersebut susur sekali lagi jika hujan berterusan,” Mirwan berkata. — DayakDaily