Sebahagian Jalan Miri-Bintulu runtuh, kerja-kerja membina lencongan giat dilakukan pihak JKR

Hujang lebat sejak malam tadi menyebabkam sebahagian laluan di Jalan Miri-Bintulu (jalan lama) runtuh awal pagi tadi.

MIRI, 18 Nov: Sebahagian laluan Jalan Miri-Bintulu dilaporkan runtuh awal pagi tadi (Jumaat).

Menurut Pengurus Lebuh Raya Pan Borneo Zon Utara, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Siaw Ming Chian, kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi susulan hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi.

“Kerja-kerja pembinaan laluan lencongan sementara sedang giat dilakukan ketika ini,” ujarnya ketika dihubungi.


Siaw berkata, hanya satu laluan jalan tersebut dibuka untuk kegunaan pengguna yang melalui jalan tersebut. ā€” DayakDaily