Graduan digalak ceburi bidang francais — Nanta

Nanta (tiga dari kanan) meninjau produk perniagaan oleh pihak terlibat di Program Jelajah Franchise Bay.

KUCHING, 28 Mei: Graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) digalak menceburi bidang perniagaan francais, tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, industri francais membantu merancakkan ekokomi negara, bersistem dan mudah.

“Industri memberi peluang kepada golongan belia dimana setiap tahun lebih 70,000 graduan IPT Awam dan Swasta mencari pekerjaan.

“Kementerian berharap industri memberi peluang kepada mereka bukan sahaja untuk mencari kerja tetapi untuk berniaga dan seterusnya mencipta pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Program Jelajah Francais Peringkat Negeri Sarawak 2022 di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Tambah Nanta, program bertujuan memberi pendedahan tentang sistem-sistem perniagaan francais yang telah wujud di negara.

Ini termasuk pakej-pakej latihan dan pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan kepada bakal-bakal usahawan.

“Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi dengan nilai pontensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta diperolehi dengan penyediaan 15 buah tapak pameran francais secara percuma kepada francais,” kata Nanta.

Sehingga kini ujar beliau, sebanyak 1,137 syarikat francais telah didaftarkan di KPDNHEP manakala sejumlah 68 syarikat francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan berada di 70 buah negara.

Berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan (LTPF 2020), nilai jualan syarikat francais meningkat kepada RM14.6 bilion berbanding RM13.3 bilion yang dicatatkan pada tahun 2019.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 9.7 peratus.

“Manakala Program Francais Mikro dan Mampu Milik, kini dengan modal bawah RM100,000 diyakini lebih ramai rakyat mempunyai peluang untuk berniaga.

“Sehingga hari ini, sebanyak 33 permohonan Geran Padanan berjumlah RM2.4 juta telah diluluskan oleh Kementerian di bawah Program.

“Manakala, bagi permohonan Geran Penuh, sebanyak 14 permohonan telah diluluskan berjumlah RM1.4 juta,” ukar Nanta.

Program Franchise Bay pada hari ini adalah yang pertama daripada siri Jelajah Franchise Bay bagi tahun 2022.

Siri-siri seterusnya akan diadakan di Negeri Johor (9-11 Jun 2022), Pahang (15-17 Julai 2022), Selangor (19-21 Ogos 2022) dan yang terakhir di Negeri Kedah (17-19 November 2022). — DayakDaily