KUCHING, 7 Mac: Kuching Youth Urban Glamping Festival akan berlangsung pada 11-12 Mac bertempat di Aeon Mall Kuching.
Acara ini dianjurkan oleh Kelab Belia Proaktif dan Borneo Glamping dan merupakan kali pertama diadakan di Sarawak.
Menurut Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dolhadi Marzuki, acara mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 penyertaan.
“Lebih daripada 10 gerai oleh usahawan belia tempatan akan turut mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan.
“Selain itu, para pengunjung juga akan dapat menikmati pameran barang-barang berkaitan perkhemahan dan kelengkapannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu tambah Dolhadi, persembahan Skateboard oleh Black Brigade Skateboard Academy, pengalaman DIY Crafting, dan hiburan busking juga akan diadakan.
Katanya, Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak juga akan menghantar ahli mereka untuk menyertai program dengan mempamerkan gadjet mereka.
Tambah beliau, sesi dialog Coffee Chat bersama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Ripin Lamat dengan usahawan bella dan pengunjung turut diadakan.
Pada hari berikutnya, akan diadakan demonstrasi unit K9 dan pengendalian haiwan beracun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Pertandingan Penyajian Sarapan Terbaik di kalangan Glampers
Pintu masuk adalah percuma untuk acara ini dan tempat Glamping boleh ditempah di borneoglamping.com.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Penganjur, Shenton Tan di talian 012-8989963. — DayakDaily