Awang Tengah: Kerajaan Pusat harus salur dana bagi kerja pemetaan di Sarawak

Awang Tengah(tiga dari kiri) pada mesyuarat Majlis Mineral Negara Pertama secara maya.
Advertisement

KUCHING, 17 FEB: Kerajaan Pusat harus menyalurkan dana bagi kerja-kerja pemetaan di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ia bagi memudahkan pengurusan mineral dan perlombongan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan penguatkuasaan aktiviti perlombongan di negeri Ini.

“Kerajaan Pusat juga perlu mempertimbangkan pemberian insentif kepada pemain-pemain industri bagi pembangunan perlombongan di peringkat ā€˜midstreamā€™ dan ā€˜downstreamā€™.

Advertisement

“Ia juga bagi menggalak pelaburan selain berusaha memaksimumkan kutipan hasil negeri,”katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada mesyuarat Majlis Mineral Negara Pertama yang diadakan secara maya di Wisma Sumber Alam semalam.

Beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada mesyuarat yang yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Awang Tengah turut menekankan kedudukan Sarawak yang memiliki polisi dan prosedur tersendiri melalui perundangan ā€˜Minerals Ordinance 2004ā€™ dan ā€˜Minerals Regulations 2012ā€™.

Katanya, ia bagi mengawal keberkesanan dan penguatkuasaan aktiviti perlombongan selain memperkasakan Arahan Peraturan Kerja (APK) yang komprehensif bagi menangani perkara berkenaan dengan penjualan bahan batuan dan mineral keluar dari negeri Sarawak.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar dan Timbalan Menteri dari seluruh negeri.-DayakDaily

Advertisement