Adaptasi pengunaan Instrumen canggih kekang kemasukan barangan terlarang

Fatimah (dua,kiri) ketika melihat demontrasi pemeriksaan kargo yang dilaksanakan oleh JKDM di Pusat pemeriksaan Kastam, lembaga perlabuhan Kuching di Terminal Senari

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 18 Feb: Sarawak perlu mengadaptasi penggunaan instrumen taktikal pengesanan bersesuaian, canggih dan berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan impak pengesanan kargo-kargo yang diisytiharkan melalui pelabuhan-pelabuhan utama di negeri itu..

Menteri kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata penggunaan instrumen ini secara tidak langsung akan memberikan impak pengurangan terhadap risiko penyeludupan khususnya melibatkan dadah dan substance atau barang-barang larangan yang lain melalui kargo di terminal-terminal pelabuhan.


kelihatan Fatimah ketika melakukan lawatan kerja bersama Jawatankuasa kerja penguatkuasaan aktiviti penyalahgunaan dadah dan susbstance dalam urustadbir OSC bagi MIDS

“Risiko penyeludupan dadah dan substance atau barang-barang larangan yang lain melalui kargo di terminal-terminal pelabuhan adalah tinggi kerana jumlah kemasukan harian kargo yang semakin meningkat,” katanya ketika melawat Terminal Senari di Kuching hari ini.

Katanya mekanisma pengesanan terbabit berupaya membantu dalam menghadkan seterusnya memastikan tidak ada dadah dan substance diseludup melalui kargo yang diisytiharkan oleh pengimport.

Beliau berkata kebanyakkan rampasan terbesar yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) melibatkan bagasi penumpang melalui lapangan terbang utama Sarawak, bungkusan atau parcel menerusi syarikat kurier serta kargo-kargo yang dibawa masuk sama ada melalui lapangan terbang atau pelabuhan utama di negeri ini.

“Sepanjang tahun 2020, JKDM telah berjaya merampas sebanyak 58.62 kilogram pelbagai jenis dadah dan substance yang dianggarkan bernilai RM1.87 juta yang cuba di seludup menerusi pelbagai punca tersebut,” katanya. — DayakDaily