Abdul Karim tidak yakin Anwar ada jumlah sokongan yang mencukupi

Abdul Karim (duduk tengah) pada sidang media di Kuching hari ini (Okt 13, 2020).

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 Okt: Naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki jumlah sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Menurut Abdul Karim, jika benar dakwaan bahawa beliau (Anwar) ada jumlah tersebut, Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah akan membuat keputusan.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

ā€œAnwar sebelum ini berkata bahawa beliau memiliki jumlah, tetapi pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong berlangsung sekejap sahaja iaitu lebih kurang 25 minit.

ā€œBeliau telah menyerahkan jumlah kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.

ā€œJika benar Anwar ada jumlah (mencukupi), saya fikir Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan,ā€ katanya pada sidang media di di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Karim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas).

Justeru Abdul Karim menyifatkan bahawa Anwar sendiri tidak jelas berhubung siapa (ahli Parlimen) yang menyokongnya.

Tambah beliau, kemungkinan Anwar sekadar memilih nama mana-mana ahli Parlimen daripada mana-mana gabungan dan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

ā€œKerana dalam tempoh beberapa hari ini kita mendengar banyak ahli-ahli Parlimen yang berasa terkilan setelah nama mereka dipergunakan atau dikaitkan dengan Anwar.

ā€œMaka, kalau seorang dua ahli Parlimen meluahkan suara sedemikian bermakna jumlah yang didakwa Anwar tidak boleh dipercayai.

ā€œBeliau menyerahkan segalanya kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya tidak fikir Yang di-Pertuan Agong akan melakukannya dan saya tidak fikir Anwar boleh mengarahkan Yang di-Pertuan Agong,ā€ ujar Karim.

Beliau juga berpendapat bahawa hasil pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini adalah sesuatu yang mengecewakan Anwar.

Selain itu, kata Abdul Karim, Yang di-Pertuan Agong pastinya telah memberi nasihat kepada Anwar.

ā€œNegara kini sibuk memerangi pandemik Covid-19, ada pula Anwar sibuk nak menjadi perdana menteri,ā€ kata Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan. ā€” DayakDaily