8 anggota ‘Geng Richard’ disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah ditahan

Antara suspek yang ditahan dalam serbuan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 9 Mac: Polis Miri menahan lapan lelaki ahli dipercayai anggota ‘Geng Richard’ yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah dan rompak di Pujut 5 baru-baru ini.

Menurut ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, polis melakukan enam serbuan di beberapa lokasi sekitar Tudan, Senadin dan Bandar Baru Permyjaya, lalu menahan kelapan-lapan suspek warga tempatan berusia antara 20 sehingga 50 tahun.


Turut ditahan dalam operasi dinamakan ‘Ops Rentap’ yang dilakukan pada 8 April itu (Khamis) ialah dalang utama kumpulan tersebut.

Salah seorang suspek ‘Geng Richard’ ditahan polis dalam satu operasi dinamakan Ops Rentap pada Khamis.

Polis turut menemui beberapa barangan dipercayai hasil rompakan kumpulan tersebut di Pujut 5 yang dilaporkan berlaku pada 6 April.

Dalam kejadian, suspek melarikan sebuah kereta Toyota Fortuner, sebuah televisyen dan dua unit telepon bimbit milik mangsa.

Salah seorang suspek yang ditahan mempunyai sekurang-kurangnya lima rekod jenayah lampau.

Pada 6 April, sekitar jam 6.30 petang dalam kawasan semak berhampiran Kampung Masjid Kuala Baram, kereta milik mangsa pecah rumah telah ditemui kurang 16 jam selepas kejadian.

Susulan penemuan itu, intipan terus dilakukan pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) bagi mengesan suspek yang terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/379A Kanun Keseksaan. — DayakDaily