2 suspek pecah rumah kantoi sembunyi atas pokok ditahan polis

Kedua-dua suspek yang memanjat sepohon pokok berhampiran untuk bersembunyi telah ditangkap.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Ogos: Dua pemuda dipercayai cuba memecah masuk sebuah kediaman di Jalan Utama Lutong ditahan pihak polis setelah dilihat sedang bersembunyi di atas sepohon pokok berhampiran kediaman pengadu pada malam Selasa.

Difahamkan, suspek nekad memanjat pokok tersebut untuk bersembunyi, namun kantoi apabila pemilik rumah berjaya terlihat kelibat kedua-dua lelaki itu.


Menurut pengerusi Jawatankuasa Penduduk Miri, Malateh Mahmud, pihaknya telah bergegas ke lokasi bersama polis selepas dimaklumkan mengenai “penampakan’ kelibat dua suspek yang bersembunyi di atas sepohon pokok di kawasan itu.

Kedua-dua suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. ā€” DayakDaily