Tiga perompak larikan emas dan wang tunai dalam satu kejadian di Jalan Penrissen

Visual yang dirakam kamera CCTV di lokasi kejadian.

KUCHING, 17 Feb: Tiga lelaki bersenjatakan parang merompak sebuah rumah rumah di Taman Desa Paul, Jalan Penrissen, dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan suspek berjaya melarikan barang kemas dan wang tunai kira-kira RM3,200 dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kerjadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 pagi.

Ketika itu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 50 yang tinggal bersama bersama rakannya (lelaki) sedang tidur di tingkat atas dan dikejutkan dengan kehadiran suspek.

“Suspek mengarahkan kedua-dua mangsa untuk keluar dari bilik tidur dan terus mengikat tangan dan kaki mereka menggunakan wayar pengecas telefon,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek kemudian melarikan diri sekitar jam 4 pagi.

Kedua-dua mangsa berjaya membuka sendiri ikatan dan terus membuat laporan polis.

Siasatan mendapati suspek memotong lima batang jeriji tingkap bilik bawah dan keluar melalui tingkap yang sama. — DayakDaily