4 lelaki ditahan berikutan kejadian lempar mercun dan suar tangan di Miri

Rumah mangsa mengalami kerosakkan di bahagian depan akibat kejadian di Permyjaya, Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Nov: Empat lelaki, termasuk dalang utama kejadian lempar mercun dan suar tangan ke dalam sebuah rumah teres satu tingkat di Permyjaya pada awal pagi Ahad, ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian, pihaknya terus menjalankan siasatan terperinci di lokasi.


Lim menambah kesemua suspek, berusia sekitar 20-an dan 50 tahun, itu akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Salah seorang suspek berjaya ditahan di lokasi pada pagi Ahad (29 Nov, 2020)

“Kesemua suspek ditangkap pada Ahad, suspek pertama ditahan dilokasi kejadian selepas motorsikal ditunggangnya bersama satu lagi rakanya terbabas selepas aksi kejar mengejar dengan mangsa,” ujar Lim.

Dalam kejadian itu, sekitar jam 5.30 pagi, pengadu telah mengejar dua lelaki yang menggunakan motorsikal dengan menggunakan keretanya sehingga melanggar motorsikal yang dipandu oleh suspek selepas dua kali suspek telah datang, bertindak melempar mercun dan suar tangan ke arah rumah mangsa.

“Pada kali ketiga, apabila suspek datang lagi pada pagi itu, pengadu telah bertindak mengejar suspek menggunakan kereta dan pengadu telah berjaya menahan seorang lelaki manakala seorang lagi rakan suspek telah berjaya melarikan diri ke arah pam minyak Shell di kawasan Permyjaya Miri,” jelas Lim.

Semasa tangkapan, polis turut merampas sebutir kelongsong kosong Rocket Parachute Flare Jenama Huahai, 32 unit Rocket Parachute Flare Jenama Huahai dan 51 unit Marine Red Flare Signal Jenama Huahai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957. — DayakDaily