130 premis jual barangan elektronik, komputer diperiksa dalam Ops Catut 8.0

Datuk Rasol Wahid (tengah) melihat peralatan komputer di salah sebuah premis ketika mengikuti pemantauan Ops Catut 8.0 di Plaza Low Yat, kuala Lumpur hari ini (28 Jan)

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Sebanyak 130 buah premis meliputi 262 barangan kelengkapan elektronik, komputer dan komunikasi diperiksa sehingga semalam (27 Jan) sempena Ops Catut 8.0 yang dilancarkan pada 25 januari lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol wahid berkata permeriksaan itu susulan terdapat peningkatan pemintaan terhadap peralatan tersebut semasa musim Pertintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

“KPDNHEP sentiasa mengambil maklum tentang pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa meneruskan pembelajaran secara atas talian semasa musim PKP dan keperluan terhadap perkakasan komputer, mesin cetak dan aksesorinya serta kelengkapan komunikasi.


“Ini akan meningkat permintaan yang tinggi terhadap barang keperluan tersebut dan sebagai langkah proaktif, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah melancarkan OPS CATUT 8.0 yang mana ianya merupakan satu arahan pemantauan terhadap harga jualan bagi komputer, komputer riba, tablet, mesin pencetak, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakasan internet,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sepanjang pemantaun dilakukan, sejumlah 130 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP)2011 diserahkan kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat harga serta kos belian barangan tersebut.

kelihatan Datuk Rasol Wahid (kiri) ketika mengikuti pemantauan Ops Catut 8.0 di Plaza Low Yat, kuala Lumpur hari ini (28 Jan)

Ia bagi memasti serta mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan dilakukan melibatkana barangan elektronik dan komputer sepanjang musim PKP ini.

Katanya, peniaga diberikan tempoh selama dua hari bekerja untuk mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan kepada KPDNHEP.

“Sekiranya gagal mematuhi notis tersebut, maka ianya merupakan suatu kesalahan dan tindakkan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21(5), AKHAP 2011.

“Pemantauan ini akan dilaksanakan selama dua (2) minggu bermula 25 Januari 2021 dan mana-mana peniaga yang dikesan melakukan aktiviti mencatut akan diperiksa di bawah perundangan pencatutan.

“Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi S.21(5), AKHAP 2011 tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000,” katanya.

Rosol berkata, KPDNHEP sentiasa memantau harga barangan keperluan supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya khususnya ketika negara sedang dilanda pandemik.

Jelasnya, peniaga yang dikesan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan tanpa mematuhi perundangan pencatutan akan berdepan tindakkan tegas di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011.

“Kementerian juga ingin menasihatkan pengguna supaya menyimpan setiap resit pembelian yang dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku di masa hadapan.

“Pengguna juga digalakkan untuk membanding harga dan mengetahui ciri-ciri pakej yang hendak dibeli yang menepati ciri minimum terutama keperluan pembelajaran atas talian serta tawaran pakej dari penjual sebelum membuat keputusan untuk membeli dari seseorang peniaga,”jelas beliau. — DayakDaily