Wujudkan polisi dan peruntukan berkanun bagi iktiraf amalan orang asal — ADUN Pending

Violet Yong (File Photo).

KUCHING, 20 Nov: Adun Pending Violet Yong berharap Kerajaan Negeri mewujudkan polisi dan peruntukan berkanun yang mengiktiraf amalan orang asal.

Dalam perbahasan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau berkata, amalan tersebut berhubung kaedah pengurusan hutan komuniti dan agro-ekologi.

“Saya berharap Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap pemantauan saya berhubung isu yang saya bangkitkan.


“Kita tidak mahu hak orang asal tidak dipedulikan demi keuntungan dari sudut kewangan,” katanya.

Menurut Violet, kos yang di tanggung oleh kerajaan bagi mendapatkan tanah orang asli bagi tempoh 20 tahun hanya 1 peratus daripada keuntungan yang diperolehi.

Manakala kos bagi penangkapan dan penyimpanan karbon dari loji gas asli adalah dalam lingkungan 7 hingga 42 kali lebih mahal daripada mendapatkan tanah orang asli.

“Pasaran karbon mungkin nampak seperti penyelesaian utama dan sangat menarik dari sudut ekonomi.

“Tetapi ini tidak boleh dilakukan dengan menidakkan kumpulan terpinggir yang merupakan pemain utama dalam menangani perubahan iklim,” jelas Violet. — DayakDaily