Warga asing ditahan salah guna salinan dokumen pengenalan diri untuk dapatkan rawatan

ACP Ahsmon Bajah
Advertisement

KUCHING, 6 April: Seorang wanita warga asing ditahan kerana disyaki menyalahgunakan dokumen pengenalan diri, gara-gara hendak mendapat rawatan di sebuah hospital, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata pihaknya mendapat satu laporan berkenaan salahguna salinan dokumen pengenalan diri pada Selasa sekitar jam 10.53 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dokumen perjalanan diri yang telah tamat tempoh.

Advertisement

Justeru, katanya satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(o) Akta Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, Ahsmon menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan memastikan penggunaan salinan dokumen pengenalan diri dalam setiap urusan dijaga dengan rapi dan tidak berkongsi dokumen tersebut dengan mana-mana pihak.— DayakDaily

Advertisement