Dua kereta hangus di Malihah, Matang

Kebakaran di Malihah, Matang.

KUCHING, 6 April: Dua buah kereta dilaporkan terbakar di tempat letak kereta sebuah di Taman Malihah, Matang pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira jam 4.45 pagi.

Katanya, beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Komander operasi melaporkan Setibanya api telah dipadamkan oleh penghuni kediaman (pemilik) tersebut.

“Kebakaran melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Bezza dan Axia, yang musnah kira-kira 80 peratus. Struktur rumah atau tempat pakir kereta berkenaan turut terbakar 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan dan kerja-kerja overhaul.

Operasi tamat pada jam 5.34 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.— DayakDaily