‘Umur 80 hanya nombor’

Tuai rumah Duat Kalom bersama pengarah jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia negeri Sarawak Khirudin Drahman.

Oleh Muhd Mirza Dzalmira Miraj, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

MIRI, Nov 5: Bagi sesetengah masyarakat, di penghujung usia adalah masa yang sesuai untuk beristirehat dan bersantai bersama keluarga di rumah.

Ini adalah kerana pada usia muda, masa mereka telah banyak dihabiskan dengan menimba ilmu, mencari rezeki dan aktiviti sosial.


Namun, tidak begitu bagi Tuai Rumah Duat Kalom, 80 tahun, dari Sg. Kelitang Sibuti. Beliau berkata, baginya usia bukanlah penghalang untuknya sentiasa aktif dan menimba ilmu.

Beliau yang mesra dipanggil tuai, begitu peramah dan mudah mesra dengan setiap lapisan generasi yang ditemuinya.

Menceritakan pengalaman hidupnya kepada pegawai perhubungan awam Bomba Sarawak, antara rahsia awet muda yang diamalnya ialah makan makanan sihat, tidak merokok, sering menjalankan aktiviti lasak dan murah senyuman.

Selain itu, beliau yang merupakan bekas tentera turut terkenang akan kepayahan hidup di zaman muda kerana sering ditugaskan untuk operasi menentang komunis.

Duat adalah antara 50 jumlah peserta yang menyertai program Summer Camp anjuran dan kerjasama di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Petronas Carigali.

Dalam program lima hari tersebut, Duat telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan dapat melaksanakan modul yang lasak seperti peserta lain dan atas semangatnya itu, beliau telah di anugerahkan sebagai Peserta Paling Aktif untuk program tersebut.

“Anang selalu ngambik mudah, fokus enggau tugasan, senyuam anang lupak au,” kata beliau.

Tuai rumah Duat Kalom bersama anugerah yang diterimanya.
Tuai rumah Duat Kalom (kanan) sedang melakukan latihan fizikal pagi bersama sama peserta peserta Summer Camp yang lain.

Program tersebut bermula pada tahun 2014 dengan perbelanjaan sebanyak RM 50,000 daripada Syarikat Petronas.

Ketua masyarakat dan ketua kaum daripada bahagian Miri dan Limbang akan di jemput untuk menyetai program ini.

Objektif program tersebut adalah untuk memberi ilmu kebombaan dan penyelamat kepada mereka bagi menjadikan mereka ‘1st responder’ sekiranya berlakunya kebakaran di rumah-rumah panjang atau kampung kampung.

Peserta peserta Summer Camp 2018.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Khirudin Drahman turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan program tersebut.

Menurut Khirudin, Duat amat bersemangat untuk menyertai kerana beliau ingin menunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda untuk menceburi bidang kesukarelawan yang akan membantu mereka dalam situasi yang diperlukan.

Peserta peserta Summer Camp 2018.

“Beliau berkata, dengan menyertai summer camp, ini dapat memberikan ruang dan peluang berkenaan dengan keselamatan kebakaran.

“Duat juga menasihati orang ramai supaya jangan panik dan sentiasa bersedia semasa berlaku kecemasan, dan dalam masa yang sama sentiasa berinteraksi dengan orang ramai,” kata Khirudin. — DayakDaily