Tiong cadang lakukan mesyuarat khas atasi masalah infrastruktur di Sungai Naman

Tiong (tengah) ketika melakukan lawatan ke rumah panjang di kawasan Sungai Naman dan Durin Kiba pada 4 hingga 7 Januari lalu.

SIBU, 8 Jan: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Sri Tiong King Sing bercadang untukmengadakan mesyuarat khas dengan pihak Sarawak Energy, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Kerja Raya dan agensi berkaitan lain dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Naman dan Durin Kiba di Sibu.

keputusan itu di ambil beliau selepas mendapati kebanyakkan rumah panjang dikawasan terbabit masih menghadapi masalah bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan jalan raya dan rangkaian komunikasi ketika melawat lebih 40 buah rumah panjang di kawasan itu pada 4 hingga 7 Januari lalu.

“Selain keadaan rumah panjang yang begitu uzur, kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga antara masalah utama penduduk di kawasan luar bandar ini dan ketiadaan bekalan elektrik sering menyebabkan berlakunya kemalangan terutama di waktu malam.


“Ini membuat saya sangat bingung. Lagipun, Kerajaan Sarawak komited untuk meningkatkan bekalan air luar bandar dan liputan rangkaian dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah merancang dana khusus,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, senarai rumah panjang terlibat akan diserahkan kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan munasabah selain tidak mahu membiarkan masalah terbabit berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.

Tiong yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China berkata, beliua turut menerima aduan daripad golongan wanita di rumah panjang kawasan terbabit yang menyatakan keperluan mendesak untuk mendapatkan rangkaian komunikasi yang lebih baik.

katanya, kekurangan tersebut telah mewujudkan ketidakselesaan sekaligus menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan dunia luar .

“Di samping itu anak-anak juga menghadapi banyak halangan dalam menghadiri kelas dalam talian semasa pandemik Covid-19 disebabkan keadaan rangkaian komunikasi yang tidak stabil dan sesuai untuk tujuan tersebut,”katanya.

Dalam pada itu, Tiong turut memberitahu penduduk kawasan itu bahawa Parti Sarawak Bersatu (PSB) bukan parti komponen GPS, sebaliknya, ia adalah salah satu parti pembangkang di Sarawak.

ujarnya, presiden parti tersebut turut pernah memegang jawatan sebagai Menteri dalam Kabinet Negeri Sarawak namum malangnya, tiada pembangunan dilaksanakan sejak beliau menyandang pelbagai jawatan sepanjang tempoh itu.

“Saya baru sahaja menyatakan perlunya berusaha untuk pembangunan tempatan dan menaik taraf infrastruktur untuk penduduk. Adakah itu meyakinkan? Saya harap penduduk tidak akan melupakan peristiwa Kerajaan Pakatan Harapan yang hanya mampu menerajui pentadbiran Persekutuan selama 22 bulan.

“Sepanjang tempoh itu juga, pemimpin PH tidak mampu menunaikan janji mereka jadi kali ini saya mengunjungi berbagai tempat di Sibu.

“Saya merasa kasihan apabila mendapati keadaan prasarana yang tidak lengkap, bahkan sikap kakitangan serta mutu perkhidmatan pentadbiran masih banyak kelemahan dan tidak cekap.

“Justeru, saya menggesa penjawat awam untuk memperbaiki, aktif dan proaktif menangani masalah penghidupan masyarakat, dan tulus berkhidmat kepada rakyat,” katanya. -DayakDaily