Selangor dominasi kes tertinggi Covid-19 daripada 2,643 kes dilapor hari ini

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 8 Jan : Selangor terus melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,086 kes (41.1peratus) daripada keseluruhan 2,643 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh negara terus mingkat kepada angka 131,108 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 25,140 kes.


“Terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,641 kes.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah warganegara Malaysia (63 peratus) dan 975 kes adalah bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat sebanyak 576 kluster telah dilkaporkan termasuk enam kluster baharu pada hari ini katanya, tiga kluster turut ditamatkan pada hari selepas tiada jangkitan baharu dikesan menjadikan sebanyak 319 kluster telah tamat sehingga kini manakala 257 kluster lagi masih dalam pemantauan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian akibat wabak itu di seluruh negara meningkat kepada 537 kes atau 0.41 peratus.

“Daripada jumlah tersbut, selangor melaporkan sembilan kematian akibat covid-19 hari ini manakala Sabah melaporkan empat kematian dan Johor tiga kematian.

“Kesemua kes kematian ini mempunyai masalah kesihatan antaranya penyakit kencing manis,obesiti, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, masalah jantung,dislipidemia,hypotiroid dan gout,”katanya. -DayakDaily