KUCHING, 15 Jan: Pegerakkan Wanita Keadilan Sarawak meminta kerajaan Sarawak untuk menangguhkan pembukaan semula sesi persekolahan pada 20 Januari ini bagi semua kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di negeri ini.
Pemintaan tersebut dilakukan susulan kebimbangan tindakkan terbabit berkemungkinan akan merbahayakan pelajar sekolah berikutan lonjakan kes Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak.
“Wanita Keadilan Sarawak berharap pembelajaran bersemuka dapat digantikan dengan pengajaran dan pembelajaran atas talian terutamanya bagi di sekolah zon merah demi keselamatan guru, pelajar serta keluarga mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, tenaga pendidik khususnya dari Sabah, Labuan, Semenajung dan Sarawak terutama dari kawasan zon merah juga diseru untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) dan menjalani kurantin 14 hari tanpa sebarang pengecualian istimewa.
“Kita berharap kerajaan Negeri Sarawak mengambil ikhtibar dari lonjakan kes Covid-19 yang berlaku di negeri ini.
“Justeru, kami menyeru kerajaan Sarawak bersikap perihatin bertindak pantas dalam membuat keputusan yang wajar kerana jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah,” katanya. — DayakDaily