Tangani segera tindakan segelintir pemilik ladang upah, guna khidmat samseng

Peter John Jaban (file photo)

MIRI, 26 Feb: Tindakan segelintir ladang yang mengupah atau menggunakan khidmat “samseng ladang” sebagai pengawal keselamatan perlu ditangani segera bagi mengelakkan kejadian buruk melibatkan golongan tersebut.

Aktivis hak asasi manusia, Peter John Jaban berkata, insiden seorang lelaki yang didakwa dibelasah oleh samseng berkenaan baru-baru ini di sebuah ladang di Bekenu diharap dapat membuka mata pihak berkuasa untuk menangani perkara tersebut dengan lebih komprenhensif.

Katanya, bukanlah satu kes yang boleh dianggap terpencil dan jika tidak ditangani dengan cermat dan efisien ia dikhuatiri menjurus kepada isu ketengangan kaum di kawasan tersebut.


“Malangnya, setakat ini, masih belum ada satu tindakan atau langkah-langkah yang komprehensif diambil oleh pihak berkuasa untuk membendung perkara seperti ini berulang.

Kes ini dan beberapa kes yang lepas, yang melibatkan “samseng ladang” seakan-akan menunjukkan kegagalan pihak berkuasa melindungi masyarakat tempatan.

“Oleh itu polis harus mengambil ikhtibar dari insiden ini dan meneliti semula peruntukkan rang undang-undang dalam melindungi hak komuniti luar bandar khususnya hak Orang Asal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dakwa Peter John, dalam kes tersebut yang videonya tular di media sosial, tindakan pegawai penyiasat dari Balai Polis Miri, yang mengendalikan kes ituĀ  seolah-olah mahu menyelesaikan kes dengan cepat dan telah mengarahkan pengawalĀ  keselamatan ladang yang terlibat dengan insiden memukul mangsa untuk kembali bertugas seperti biasa.

Katanya, tanpa video yang tular tersebut, tindakan undang-undang yang sewajarnya berkemungkin tidak dapat dikenakan terhadap pihak yang terlibat.

IniĀ  kerana dakwa beliau berdasarkan laporan awal pegawai penyiasat dilihat lebih cenderung menyalahkan mangsa setelah hanya penyiasatan yang paling singkat.

“Oleh kerana rasa tidak puas hati dengan cara pengendalian dan penyiasatan kes tersebut,Ā  keluarga mangsa telah berusaha untuk memohon bantuan dari pihak lain bagi membela nasib anak mereka yang teraniaya,” katanya.

Sementara itu, Peter John berkata, hasil pertemuan dengan ibu bapa mangsa, mereka memaklum mangsa mempunyai masalah penyakit mental sejak berumur 16 tahun dan kini berada di bawah pengawasan psikiatri di Hospital Miri serta diarahkan untuk menjalaniĀ  konsultasi dua bulan selain pernah dimasukan ke Sekolah Hendry Gurney di Puncak Borneo selama dua tahun.

Katanya, insiden pergaduhan itu berlaku selepas berlaku perselishan faham apabila pihak keselamatan kilang di ladang terbabit menghalang mangsa untuk kembali ke rumah orang tuanya yang berada di dalam kawasan kilang tersebut.

“Kita berharap agar siasatan terperinci dan tindakan undang-undang dapat dikenakan terhadap sekumpulan samseng tersebut terutama kepada individu yang status kewarganegaraan yang diragui.

“Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku akan dianggap menghalalkan perbuatan tersebut dan jika berlaku sedemikian, ianya, amatlah menyinggung perasaan keseluruhan masyarakat khususnyaĀ  ahli keluarga mangsa,” katanya.

Peter John dalam pada turut menasihatkan orang ramai agar bertenang seterusnya memberikan ruang dan masa kepada polis untuk melakukan penyiasatan terperinci mengenai insiden tersebut.

Beliau juga turut menyarankan agar perbicaraan kes tersebut pada 29 Mac, 2021 di kompleks Mahkamah Sepupok dipindahkanĀ  keĀ  komplek Mahkamah Tinggi Miri untuk mengelakkan perhimpunan orang ramai. ā€” DayakDaily