‘Sumbat’ 50 kampit beras dipercayai dicuri dari sebuah gudang, tiga lelaki ditahan polis

Ketiga-tiga suspek ditahan pihak polis Bintulu dan Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 26 Dis: Misteri kehilangan 50 beg beras (sekampit beg beras berat 10kg) pada awal pagi perayaan Hari Natal, terungkai dengan penahana tiga lelaki warga tempatan awal pagi ini.

Kesemua suspek ditahan awal pagu ini di bandar Bintulu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenaya (JSJ) IPD Bintulu bersama JSJ IPD Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan sebaik sahaja laporan kehilangan 50 beg beras bersamaan 500kg itu disedari pemilik sebuah gudang di Pekan Batu Niah pada awal pagi Sabtu (25 Disember).

Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan kurang empat jam selepas laporan diterima.

Menurut pemilik gudang tersebut, kelibat suspek lelaki berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup, dilihat membawa keluar 50 beg kampit beras keluar sebelum “menyumbat” kesemua barangan itu ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Kerugian dianggarkan lebih RM1,500.

Ketiga-tiga suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily