Amok bawa pisau lipat dan kayu, pemuda ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan pihak polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mac: Beberapa penghuni sebuah rumah di Kampung Beraya Batu 1 Bekenu kecoh apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dengan membawa sebilah pisau lipat dan kayu menyebabkan beberapa ahli keluarganya lari lintang pukang.

Tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis, suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada petang Selasa sekitar jam 4.30 petang.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, tangkapan dilakukan anggota unit Ronda Cegah Jenayah(RCJ) Balai Polis Bekenu sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. — DayakDaily