Si Tanggang Moden: Mengamuk dan ugut bapa, ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Jun: Seorang lelaki yang bertindak memecahkan pintu utama rumah bapanya dalam satu kejadian amuk pada awal pagi semalam ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan dalam kejadian jam 1 pagi itu di Jalan Riam di sini, suspek berusia 48 tahun tiba-tiba bertindak agresif lalu memecahkan pintu utama rumah sebelum mengancam mencederakan bapanya.

Menurut ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Miri (JSJ) IPD sekitar jam 1 petang hari yang sama.

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.


Siasatan awal mendapati, ini bukan kali pertama suspek bertindak agresif terhadap orang tuanya. — DayakDaily