Dua lelaki disyaki memecah masuk bengkel di Batu Niah ditahan

Tiga ikat kepingam "aluminium roller shutter" yang ditemui semasa tangkapan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Jun: Perbuatan memecah masuk sebuah bengkel di Batu Niah oleh dua sahabat semalam membawa padah apabila mereka ditahan polis petang yang sama.

Tangkapan dilakukan kurang lapan jam selepas kedua-dua suspek lelaki itu memecah masuk dan melarikan tiga ikat kepingan “aluminium roller shutter” menggunakan sebuah motorsikal.


Kejadian berjaya dirakam CCTV bengkel berkenaan dengan kerugian dianggarkan lebih RM10,000.

Suspek berusia 48 dan 34 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di Batu Niah antara jam 4.13 petang dam 5.20 petang.

Tangkapan kedua dua suspek telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari.

Siasatan awal mendapati, kedua dua suspek mempunyai antara empat sehingga 10  rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, curi dan dadah. — DayakDaily